Friday, 25 November 2016

Bab 7

STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA


1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. sebagai contoh, penubuhan UiTM iaitu universiti untuk Bumiputera adalah kerana ingin memberi peluang kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di tahap yang lebih tinggi setaraf dengan universiti yang lain. oleh itu, saya mengambil peluang tersebut dan akan cuba sedaya upaya untuk menamatkan pengajian di sini, UiTM dengan cemerlang.

________________________________________________________________________


2. Nur Amira bt Md Ayob.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa terdapat pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin kedudukan atau kelangsungan hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera. Hal ini demikian telah termaktub di dalam perlembagaan yang menyatakan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu yang tidak boleh dipertikaikan. Hal ini demikian berbalik kepada Kontrak Sosial yang telah dibuat hasil daripada persetujuan dan kompromi pelbagai pihak sebagai balasan memberikan kerakyatan secara Jus Soli kepada masyarakat Cina dan India. Contohnya, penubuhan Universiti Teknologi Mara yang dikuatakan untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja. Begitu juga dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang mana  agama Islam itu sendiri merupakan tunjang pengangan orang Melayu.


________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Kita sebagai orang Melayu atau bumiputera patut bersyukur kerana diberi hak istimewa. Kita hendaklah berusaha lebih kuat dan tidaklah 'take for granted' dengan keistimewaan yang diberikan. Jika kita hanya fikir untuk mengambil mudah, maka jatuhlah kita satu hari nanti dan kaum lain yang akan memonopoli segalanya dalam negara ini. Jadi, anak-anak muda perlu bangkit dan berusaha dengan lebih keras supaya hak istimewa yang diberikan hasil usaha dan titik peluh nenek moyang kita untuk mempertahankannya tidaklah sia-sia.

Friday, 18 November 2016

Bab 6

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI


1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah integrasi masyarakat di Malaysia dapat dicapai melalui salah satu usaha pemimpin Malaysia iaitu konsep 1 Malaysia yang dilakukan secara evolusi. ianya kesinambungan daripada pemimpin2 terdahulu. aspek utama konsep ini sendiri adalah untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang bebilang kaum dan etnik. melalui konsep itu, rakyat berperanan dalam memupuk integrasi melalui pelbagai cara seperti budaya ziarah menziarahi, rumah terbuka dan penerimaan budaya. seperti yang kita tahu, ketiga-tiga cara tersebut telah diamalkan oleh kita rakyat Malaysia pada setiap perayaan tanpa mengira perayaan kaum melayu, cina dan india. secara tak langsung, ia menunjukkan penerimaan budaya oleh rakyat Malaysia. bukan saja pada hari perayaan, amalan ini sepatutnya dipraktikkan oleh kita pada waktu2 lain contohnya menziarahi saudara atau rakan yang sakit.

________________________________________________________________________


2. Myra Ayob

Dapat saya rumuskan di sini bahawa kesepaduan atau integrasi masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang memuaskan yang mana masyarakat tidaklah sampai "panas hati" apabila bersama di bawah satu bumbung. Umum mengetahui bahawa sebelum kemerdekaan penjajah British telah membawa masuk masyarakat luar iatu Cina dan India ke Tanah Melayu tanpa persetujuan orang Melayu. Kemudian, menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas mereka. Hal ini demikian telah mewujudkan satu jurang sosial antara masyarakat di Tanah Melayu. Namun, perkara ini dapat di atasi apabila mereka ini telah lama bergaul dan bercampur serta mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Di sini jelas terbukti bahawa masalah pengasingan dan perbezaan ini dapat diatasi serta perpaduan dapat diwujudkan sekiranya masyarakat mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara.

Nur Amira bt Md Ayob.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Segregasi – Perpisahan
Integrasi – Penggabungan

Penjajah telah membawa masuk orang asing iaitu Cina & India ke dalam Tanah Melayu, kemudian melakukan dasar pecah perintah dengan mengasingkan kesemua kaum. Namun begitu, hal ini dapat diatasi dengan adanya integrasi antara kaum dan dapat dilihat terutamanya selepas merdeka. Pelbagai usaha juga dilakukan untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan adanya 1Malaysia dan sebagainya. Kesepaduan ini perlulah dikekalkan supaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup dengan aman dan damai dalam satu negara.

Friday, 11 November 2016

Bab 5

Tajuk 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa pembangunan politik di Malaysia masih berada pada tahap yang selesa walaupun terdapat cacat-celanya. Oleh demikian kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, terdapat beberapa parti politik utama yang menjadi wakil bagi tiga bangsa utama iaitu UMNO untuk bangsa Melayu. MCA untuk Cina dan MIA untuk India. Parti-parti politik ini telah bekerjasama bagi menjadi suara masyarakat Malaysia dalam mentadbir negara. Malahan jika dilihat parti-parti inilah yang menjadi tulang belakang untuk menyatupadukan masyarakat Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan.

Nur Amira bt Md Ayb.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah cabaran terbesar negara adalah pembangunan ekonomi dan kestabilan politik dimana kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan kestabilan politik manakala kestabilan politik akan membawa kesan negatif kepada kemakmuran ekonomi negara. oleh itu, pembangunan Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung pada integrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali

Friday, 28 October 2016

Bab 4

Tajuk 4: PPEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa tahap pembangunan ekonomi negara kita agak membangun jika dibandingkan dengan negara dunia kedua yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai langkah-langkah yang telah dilakukan sama ada pihak kerajaan sendiri mahupun pihak yang bukan kerajaan. Tidak dinafikan bahawa pihak-pihak yang bukan kerajaan atau individu-individu tertentu yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka adalah majoritinya berbangsa Cina dan India. Perkara ini merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah yang telah dilakukan oleh pihak British semasa menjajah Tanah Melayu. Namun begitu, persaigan yang sihat antara kaum Melayu, Cina dan India dalam memajukan ekonomi negara merupakan suatu perkara seharusnya dibanggakan kerana walaupun berbeza bangsa, namun, mempunyai matlamat yang sama.

Nur Amira bt Md Ayob.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah ekonomi Malaysia yang berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi kerana Malaysia ingin mengurangkan kemiskinan rakyat tak kira kaum, mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan etnik, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik dan banyak lagi. tetapi, jika dilihat orang melayu sekarang tidak menggunakan peluang yang telah diberikan sebaiknya sedangkan kaum lain berlumba-lumba untuk bekerja dalam pelbagai sektor dan bidang untuk menaikkan taraf hidup mereka. oleh itu, saya akan menggunakan peluang tersebut dan menaikkan taraf hidup saya dan keluarga saya.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali




Syahidatul Basira binti Mustafar Kamal

Saturday, 22 October 2016

Tugasan Minggu Ke-7

1. Apakah tugas dewan rakyat dan dewan negara?


DEWAN RAKYAT

Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

Membincangkan usul rang undang-undang yang dikemukan oleh kementerian tertentu.

Membahaskan belanjwan negara dan member kata putus tentang jumlah peruntukan yang dapat diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Meneliti semula rang undang-undang yang ingin dipinda mengikut keadaan semasa

Dewan Rakyat merupakan sebuah majlis bagi wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan dan membela nasib rakyat di kawasan yang diwakili dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal undang-undang dan meluluskan rang undang-undang Malaysia.

Anggota-anggota dewan akan membahaskan rang undang-undang yang dicadangkan dan kemudiannya meluluskan sebelum disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.



DEWAN NEGARA

Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.

Boleh menangguh serta meluluskan rang undang-undang perlembagaan dan pindaan akta yang dibuat oleh Dewan Rakyat tapi tidak berkuasa menolak.

Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih dari setahun dan rang undang-undang kewangan melebihi sebulan.

Tidak boleh membuat pindaan jika tidak dipersetujui Dewan Rakyat.

Tidak boleh membahaskan idoelogi parti politik.

Boleh melarang ahlinya daripada menghadiri persidangan.

Friday, 21 October 2016

Bab 3

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUBUNGAN ETNIK

1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari dalam sharing bab ini ialah apa itu perlembagaan dan kedudukan serta fungsi perlembagaan dalam negara, bagaimana perlembagaan memberi kesan kepada parlimen dan undang2 serta sistem penggubalan undang2 melalui Dewan Rakyat dalam parlimen. memandangkan saya selalu mengambil ringan tentang perkara2 tersebut, jadi saya kurang pengetahuan tentangnya. oleh itu, saya akan lebih mengambil tahu tentang sistem perlembagaan dan calon yang dipertandingkan dalam pilihanraya supaya tidak tersalah memilih wakil untuk mewakili suara rakyat dalam dewan rakyat.
________________________________________________________________________


2. Myra Ayob


Dapat saya rumuskan di sini bahawa perlembagaan digubal adalah untuk menjadi garis panduan bagi memakmurkan kehidupan masyarakat di mana Malaysia khususnya mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Perlembagaan yang digubal adalah hasil daripada sikap toleransi antara masyarakat yang menginginkan kemrdekaan dan kehidupan yang aman selepas kemerdekaan. Hal ini demikian merujuk kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum Melayu dan bukan Melayu atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Begitulah juga dengan Perlembagaan Madinah yang digubal dengan adanya hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

Nur Amira bt Md Ayob.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Apa yang dipelajari dalam bab ini ialah bagaimana perlembagaan dapat membentuk sesebuah negara. Malaysia mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan di mana raja diiktiraf sebagai ketua negara dan perlembagaan terletak di kedudukan paling tinggi sekali. Ini bermaksud kuasa raja terhad kepada perlembagaan. Suara rakyat diambil kira dengan adanya dewan rakyat dan dewan negara. Dengan adanya undang-undang, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam negara yang aman.