Wednesday 28 December 2016

Final is coming !!

Assalamualaikum. Hai! 🙋
Well. This friday da start our final. Even kitorang ade 3 paper je but kitorang pnye assignment still berlambak okay. Not that berlambak la but dia pnye keje utk satu subjek tu be like 😨😰😱 tak tido kang buat. Nak study lagi for paper kan. Yeah. Nak merungut sangat pn tak boleh kan. Kau yang pilih course ni. So hadap la. Hahaha 😅
Well guys. Arcturus geng! Wish u guys all the best for this final. Segala projek, assingment semua tu, good luck on siapkan bnde2 tu semua on time. Da assessment pn nk kne review balik kan. Tak habes2 keje korang. Hahaha. Same la aku 🙇 aigoo.. Whatever it is. All the best arcturus geng ! 💪💪💪 you guys will always be in my doa 😘💕💞 all the best jgak for those yg nak final ni okay. Study leklok 💪 😊

Friday 23 December 2016

Projek: Refleksi

Jumaat (23 Dis 2016)
Tugasan Akhir (Video): PENGGUNAAN BAHASA MELAYU DALAM MAJLIS RASMI.


Nur Amira bt Md Ayob

Dapat saya rumuskan di sini bahawa penggunaan Bahasa Melayu dalam majlis-majlis rasmi semakin dilupakan dan digantikan dengan Bahasa Inggeris. Hal ini demikian kerana Bahasa Inggeris merupakan bahasa komunikasi utama apabila menganjurkan majlis-majlis rasmi. Penggunaan Bahasa Inggeris juga dilihat sebagai satu pananda aras yang menunjukkan intelektual dan perwatakan individu. Namun, pelbagai cara yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak bagi menangani masalah ini agar Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa pengantara utama yang digunakan dalam majlis-majlis rasmi.

Perbincangan telah dilakukan bersama Ustazah Mahfuzah bt Mohammed Zabidi serta ahli kumpulan, Nurul Ashikin bt Mhd Sazali dan Syahidatul Basira bt Mustafar Kamal mengenai tajuk ini. Masalah yang saya utama yang saya lihat adalah penjiwaan terhadap Bahasa Melayu itu sendiri. Hal ini demikian dibincangkan dalam konteks yang mudah iaitu pengunaan bahasa singkatan yang melampau misalannya. Hal ini demikian sudah menjadi satu 'trend' di kalangan remaja pada hari ini. Perkara ini secara terang-terangan menampakkan tahap intelektual dan perwatakan mereka

Seterusnya. perkara yang paling saya tersentuh adalah apabila ustazah bertanyakan mengenai keistimewaan Bahasa Melayu itu sendiri yang membuatkan bangsa lain ingin mempelajarinya. "Jika orang Melayu sendiri tiddak tahu apa keistimewaan Bahasa Melayu, apakah awak mengharapkan orang Cina dan India tahu". Hari ini saya mempelajari apakah keistemewaan Bahasa Melayu iaitu kelembutan patah kata Bahasa Melayu apabila diungkapkan dalam keadaan marah, suka atau hiba dan kebijaksaanan orang Melayu menggunakan sumber-sumber alam untuk dijadikan kiasan. Contohnya, penulisan A. Samad Said yang cukup puitis namun mempunyai makna disebalik kata-katanya sehinggakan boleh menarik minat dan mencetus pemikiran pembaca untuk berfikir secara kritis.

Selain itu, komitmen yang telah saya nyatakan untuk memartabatkan lagi Bahasa Melayu adalah melalui lisan untuk bercakap menggunakan Bahasa Melayu dengan betul.


________________________________________________________________________

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali

apa yang saya dapat daripada projek ini ialah penggunaan bahasa Melayu oleh masyarakat sekarang di media sosial adalah bahasa melayu yang menggunakan short form yang kadang-kadang kita sebagai orang Melayu sendiri tak faham dengan penulisan yang mereka gunakan untuk update status2 di media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya. ada pula yang menukar ejaan itu menjadi sesuatu yang lain seperti 'aquw', 'sajew', 'kitew' dan sebagainya. kadang2 orang Melayu sendiri terkial-kial nak baca apa yang ditulis. begitu juga apabila menghantar mesej atau 'whatsapp' sampaikan orang yang meneriman mesej tu ambil masa untuk faham apa yang cuba disampaikan oleh penghantar. apa salahnya jika menggunakan ejaan yang lebih mudah untuk difahami sedangkan ejaan asal itu lebih mudah dan lebih ringkas untuk ditaip berbanding dengan ejaan yang ditokok-tambah.

daripada pernyataan di atas, saya sedar saya perlu memperbaiki diri saya sekiranya terdapat ejaan perkataan yang lain daripada ejaan asal perkataan tersebut sekiranya ingin meng-'update' status di laman sosial atau menghantar mesej atau 'whatsapp' kepada keluarga atau rakan2

________________________________________________________________________


Syahidatul Basira binti Mustafar Kamal

Bahasa yang kita gunakan melambangkan peribadi kita, jadi kita perlulah menggunakan bahasa dan struktur ayat yang betul kerana ianya membuatkan kita nampak berpendidikan. Zaman ini, terdapat sebahagian masyarakat yang ingin mempertahankan penggunaan bahasa Melayu berbanding bahasa Inggeris, tetapi, apa guna memperjuangkannya jika masyarakat mencantas dan merosakkan bahasa sendiri dengan cara memendek-mendekkan dan menggunakan ejaan yang salah, serta struktur ayat yang tidak betul.

Dapat dilihat bahawa kebanyakannya masyarakat kurang menjiwai bahasa Melayu, jadi, sebab itulah bahasa Melayu semakin diketepikan. Ramai yang beranggapan bahawa bertutur dalam bahasa Inggeris adalah lebih moden. Masyarakat perlu sedar bahawa bahasa Melayu mempunyai keistimewaannya sendiri, seperti penggunaan bahasa yang lemah lembut dan pengaitan dengan alam sekitar. Bahasa Melayu sebenarnya melambangkan kebijaksanaan.

Daripada kajian yang telah dijalankan, salah satu cara untuk memartabatkan bahasa kebangsaan kita ini serta menjiwainya secara lebih mendalam adalah kita sebagai rakyat perlulah membanyakkan lagi membaca. Sangatlah penting untuk kita mendapatkan bahan bacaan yang betul seperti karya-karya sastera daripada tokoh-tokoh penulis negara, contohnya A. Samad Said. Melalui ini, barulah kita dapat menjiwai bahasa kita.

Thursday 22 December 2016

Wednesday 21 December 2016

Friday 2 December 2016

Bab 8

Tajuk 8: ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa agama islam itu sendiri boleh merangkumi keperibadian atau kehidupan masyarakat yang pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini demikian kerana sifat-sifat ataupun suruhan dan tegahan yang ada dalam agama Islam adalah bersifat menyeluruh yang boleh dipraktikkan oleh semua bangsa. Contohnya, kehidupan selepas mati, imbuhan syurga dan neraka dan perbuatan yang baik terhadap sesama makhluk. Perkara-perkara ini dipercayai dan dipegang bukan sahaja masyarakat Melayu yang beragama Islam, malahan masyarakat Cina dan India yang menganut agama Kristian, Buddha dan lain-lain juga turut mempercayai dan mengakuinya walaupun berbeza Tuhan.

Nur Amira bt Md Ayob.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah Islam sangat mementingkan perhubungan sesama manusia tanpa mengira agama, budaya dan bangsa. Islam menggalakkan kita untuk hidup bermasyarakat, tolong menolong, saling hormat-menghormati, menjaga perhubungan sesama manusia dan banyak lagi lebih-lebih lagi dengan jiran walaupun mereka berlainan agama dan budaya. oleh itu, saya akan lebih bergaul dengan orang lain dan seterusnya menjaga perhubungan yang telah dijalinkan lebih-lebih lagi dengan jiran dan junior serta senior saya di sini.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali



Islam sangat mementingkan kehidupan keharmonian dan setiap manusia haruslah dilayan dengan baik. Kita perlulah menjaga hubungan antara manusia walaupun berlainan jantina, agama, dan bangsa. Terdapat beberapa elemen penting untuk mencapai keharmonian, seperti adanya ilmu, persefahaman, dan permesyuaratan. Tanpa elemen-elemen tersebut, maka susahlah sebuah masyarakat itu untuk hidup berharmoni. Untuk mejalinkan hubungan dengan orang lain, kita perlulah mengenalinya terlebih dahulu. Dari situ barulah kita tahu akan persamaan dan perbezaan yang dapat merapatkan lagi hubungan. Walaupun terdapat perbezaan dari segi amalan setiap kaum atau agama yang dianuti, kita perlu menjaga sensitiviti dan menghormatinya. Dengan menerima perbezaan itu, barulah kehidupan harmoni dapat dicapai.

Syahidatul Basira binti Mustafar Kamal