Friday 2 December 2016

Bab 8

Tajuk 8: ISLAM DAN HUBUNGAN ETNIK.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa agama islam itu sendiri boleh merangkumi keperibadian atau kehidupan masyarakat yang pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini demikian kerana sifat-sifat ataupun suruhan dan tegahan yang ada dalam agama Islam adalah bersifat menyeluruh yang boleh dipraktikkan oleh semua bangsa. Contohnya, kehidupan selepas mati, imbuhan syurga dan neraka dan perbuatan yang baik terhadap sesama makhluk. Perkara-perkara ini dipercayai dan dipegang bukan sahaja masyarakat Melayu yang beragama Islam, malahan masyarakat Cina dan India yang menganut agama Kristian, Buddha dan lain-lain juga turut mempercayai dan mengakuinya walaupun berbeza Tuhan.

Nur Amira bt Md Ayob.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah Islam sangat mementingkan perhubungan sesama manusia tanpa mengira agama, budaya dan bangsa. Islam menggalakkan kita untuk hidup bermasyarakat, tolong menolong, saling hormat-menghormati, menjaga perhubungan sesama manusia dan banyak lagi lebih-lebih lagi dengan jiran walaupun mereka berlainan agama dan budaya. oleh itu, saya akan lebih bergaul dengan orang lain dan seterusnya menjaga perhubungan yang telah dijalinkan lebih-lebih lagi dengan jiran dan junior serta senior saya di sini.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali



Islam sangat mementingkan kehidupan keharmonian dan setiap manusia haruslah dilayan dengan baik. Kita perlulah menjaga hubungan antara manusia walaupun berlainan jantina, agama, dan bangsa. Terdapat beberapa elemen penting untuk mencapai keharmonian, seperti adanya ilmu, persefahaman, dan permesyuaratan. Tanpa elemen-elemen tersebut, maka susahlah sebuah masyarakat itu untuk hidup berharmoni. Untuk mejalinkan hubungan dengan orang lain, kita perlulah mengenalinya terlebih dahulu. Dari situ barulah kita tahu akan persamaan dan perbezaan yang dapat merapatkan lagi hubungan. Walaupun terdapat perbezaan dari segi amalan setiap kaum atau agama yang dianuti, kita perlu menjaga sensitiviti dan menghormatinya. Dengan menerima perbezaan itu, barulah kehidupan harmoni dapat dicapai.

Syahidatul Basira binti Mustafar Kamal

No comments:

Post a Comment