Friday 18 November 2016

Bab 6

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI


1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah integrasi masyarakat di Malaysia dapat dicapai melalui salah satu usaha pemimpin Malaysia iaitu konsep 1 Malaysia yang dilakukan secara evolusi. ianya kesinambungan daripada pemimpin2 terdahulu. aspek utama konsep ini sendiri adalah untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang bebilang kaum dan etnik. melalui konsep itu, rakyat berperanan dalam memupuk integrasi melalui pelbagai cara seperti budaya ziarah menziarahi, rumah terbuka dan penerimaan budaya. seperti yang kita tahu, ketiga-tiga cara tersebut telah diamalkan oleh kita rakyat Malaysia pada setiap perayaan tanpa mengira perayaan kaum melayu, cina dan india. secara tak langsung, ia menunjukkan penerimaan budaya oleh rakyat Malaysia. bukan saja pada hari perayaan, amalan ini sepatutnya dipraktikkan oleh kita pada waktu2 lain contohnya menziarahi saudara atau rakan yang sakit.

________________________________________________________________________


2. Myra Ayob

Dapat saya rumuskan di sini bahawa kesepaduan atau integrasi masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang memuaskan yang mana masyarakat tidaklah sampai "panas hati" apabila bersama di bawah satu bumbung. Umum mengetahui bahawa sebelum kemerdekaan penjajah British telah membawa masuk masyarakat luar iatu Cina dan India ke Tanah Melayu tanpa persetujuan orang Melayu. Kemudian, menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas mereka. Hal ini demikian telah mewujudkan satu jurang sosial antara masyarakat di Tanah Melayu. Namun, perkara ini dapat di atasi apabila mereka ini telah lama bergaul dan bercampur serta mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Di sini jelas terbukti bahawa masalah pengasingan dan perbezaan ini dapat diatasi serta perpaduan dapat diwujudkan sekiranya masyarakat mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara.

Nur Amira bt Md Ayob.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Segregasi – Perpisahan
Integrasi – Penggabungan

Penjajah telah membawa masuk orang asing iaitu Cina & India ke dalam Tanah Melayu, kemudian melakukan dasar pecah perintah dengan mengasingkan kesemua kaum. Namun begitu, hal ini dapat diatasi dengan adanya integrasi antara kaum dan dapat dilihat terutamanya selepas merdeka. Pelbagai usaha juga dilakukan untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan adanya 1Malaysia dan sebagainya. Kesepaduan ini perlulah dikekalkan supaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup dengan aman dan damai dalam satu negara.

No comments:

Post a Comment