Saturday 15 October 2016

Tugasan Minggu Ke-6

1. Sejauh manakah pengaruh hindu dan buddha ke atas orang Melayu berdasarkan pandangan Profesor Naquib Al-Attas?

Menurut pendapat Syed Naquib Al - Attas, secara amnya, pengaruh Hindu dan Buddha tidak terlalu mempengaruhi penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan apabila :

- Tiada nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali dalam kalangan bangsawan sahaja.

Masyarakat Melayu awal banyak menggunakan nama bunga seperti Melur, Tanjung, Kenanga dan hari seperti Sabtu, Jumaat dan Rabu.

Namun, bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha sedikit sebanyak mempengaruhi seni budaya dan adat dalam kalangan orang Melayu biasa. Contohnya, watak dalam wayang kulit seperti Ramayana dan Sita Dewi. Begitu juga terjadi bagi konsep raja dan kerajaan di mana ia dipinjam daripada kebudayaan Hindu serta konsep negeri dan negari dipinjam daripada perkataan Sanskrit. Ia juga mempengaruhi susun lapis perlantikan pegawai kerajaan (istana) seperti orang besar berempat, orang besar berlapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua yang merupakan pengaruh dari astrologi Hindu.


2. Bagaimanakah Islam sampai ke Tanah Melayu sehingga membentuk kerajaan? (kata kunci: mimpi, nabi)

  • Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .



3. Mengapakah Melaka menjadi zaman kemuncak pluraliti?

1.  Melaka dianggap sebagai “venice of the east”
2.  Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang berteraskan
     Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada ketika itu.
3.  Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan Islam.
4.  Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang
     hidup dalam suasana aman damai.
5.  Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina,
     India dengan penduduk lokal berlaku.
6.  Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya.
     Hasilnya terbentuk masyarakat Baba dan Nyonya.
Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan.
- Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan
Melayu.
- Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia
sehingga digelar “The Venice of the East”.
Dari segi pemerintahan
- Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan
bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
- Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan  anak pemerintah
Kependudukan.
- Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah
tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport
dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
- Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan
dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah
wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
- Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai
kaum dan bangsa di Melaka
Kebudayaan.
- Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang
daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan

memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.

4. Kesan Penjajahan

KESAN TERHADAP POLITIK

Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masa itu,yang secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalahjauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan digunapakai   di   tanah   melayu.   Ini   dapat   dilihat   dengan   jelasnya   melalui   perubahan epistemologikal   yang   besar   iaitu   dari   segi   perpisahan   diantara   agama   dan   negara.Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara langsung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberikuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.

Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah,sistem pentadbiran adalah  dibawah  kuasa   mutlak   raja-raja   dimana  tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telahditeruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri. Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan   terhadap   kemasukan   orang   asing.   Dalam   hal   ini,   Inggeris   seolah-olah menggalakkan   kemasukan   orang   asing   melalui   sistem-sistem   kemasukan   seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada1930an,   dengan   Inggeris   memperketatkan   dan   menguatkuasa   dasar   imigrasi   dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu

Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing kenegara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris  untuk   mendapatkan   tenaga   buruh   bagi   merancakkan   ekonomi   perlombongan   dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh  ini dilindungi  oleh pemerintah Inggeris dan ia  menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan   kewujudan   undang-undang   buruh   yang   memerlukan   para   majikan   untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka.Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan   untuk   pulang   ke   negara   asal   mereka   dan   ini   menjadi   masalah   kepada pemerintah Inggeris


KESAN TERHADAP EKONOMI 

Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem   ekonomi   dualisme.   Sistem   ekonomi   dualisme   merujuk   kepada   dua   tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi   ekonomi   utama   yang   dilakukan   oleh   penjajah   ialah   perlombongan   dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian,manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan   ladang.   Sistem   ekonomi   penjajah   tertumpu   kepada   perdagangan   moden   yang berasaskan   perusahaan   getah   dan   perlombongan   bijih   timah.   Sistem   ekonomi   ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India

Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja  didominasi   oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya  Melayu  luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu   tertumpu   di   sektor   pertanian   tradisional   iaitu   pekebun   kecil   getah,   kelapa,pesawah  padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden  pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan,perkilangan,   dan   perkhidmatan.   Ketidakseimbangan   antara   etnik   jelas   dilihat   dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi


KESAN TERHADAP SOSIAL

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani   kehidupan   serta   mencari   kekayaan.   Kehidupan   di   Tanah   Melayu   yang berlandaskan kebebasan dan  tanpa   paksaan   telah   mewujudkan interaksi yang mesradengan   penduduk   tempatan.   Terdapat   unsur-unsur   akomodasi   dalam   kehidupan masyarakat   pluralistik   pada   zaman   itu.   Mereka   telah   berkahwin   dengan   penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka  tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu

Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk   memenuhi  keperuan ekonomi  British,  maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.Namun   begitu,   kehidupan   yang   harmoni   tetap   wujud   di  mana  mereka   tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yangberbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris   tidak   mempunyai   agenda   bagi   menghalang   ketidakseragaman   dalam   dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi   mengerjakan   kerja-kerja   sara   diri   sahaja   dan   tidak   memberi   peluang   untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya  menggalakkan   lagi   kemasukan orang   asing kerana  mereka   tahu bahawa mereka   masih   lagi   memperoleh   pendidikan   walaupun   di   negara   asing.   Ini   juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka danmenjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

KESAN TERHADAP AGAMA

Penjajahan   Barat   telah   membawa   berbagai   kesan   terhadap   umat   Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang   Islam   sendiri   kepada   pimpinan   kuasa   Barat   yang   beragama   Kristian.Penguasaan   penjajah   ini   adakalanya   secara   langsung   (   direct   rule   )   ataupun   tidak langsung   (   indirect   rule   )   apabila   mereka   memerintah   melalui   penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British,agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang MelayuLama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Actiondan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing

Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa   antara  agama   dengan   politik  terdapat jarak yang   tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah negeri   Melayu   bahkan   dapat   menentukan   kedudukan   seseorang   raja   yang   dilantik memerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah   Islam   di   Malaysia   dalam   pentadbiran   dengan   perkenalkan   pentadbiran   sertaundang-undang sekular. Dimana  lebih   pentingkan   keduniaan   tidak   berkaitan dengan agama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kitadapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campur tangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan   cerai   libatkan   hal   keselamatan   dalam   negeri.   Sebab   itu   British   telah   tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga   telah   diawasi   dan   kadang-kadang   penyelesaian   masalah   dipindahkan   kepada Majistret-majistret. Ini  menunjukkan   pentadbiran undang-undang Islam yang tadinya bebas   tidak   bererti   lagi.   Walaupun   begitu   hakikatnya   undang-undang   British   yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia                                                                                            

Sebelum Selepas
Point 1 Point 1
Point 2 Point 2
Point 3 Point 3

No comments:

Post a Comment