Friday 25 November 2016

Bab 7

STRATEGI SURVIVAL MELAYU DAN BUMIPUTERA


1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah kerajaan Malaysia telah melakukan berbagai usaha untuk membela nasib orang Melayu dan Bumiputera. sebagai contoh, penubuhan UiTM iaitu universiti untuk Bumiputera adalah kerana ingin memberi peluang kepada orang Melayu dan Bumiputera untuk mendapatkan pendidikan di tahap yang lebih tinggi setaraf dengan universiti yang lain. oleh itu, saya mengambil peluang tersebut dan akan cuba sedaya upaya untuk menamatkan pengajian di sini, UiTM dengan cemerlang.

________________________________________________________________________


2. Nur Amira bt Md Ayob.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa terdapat pelbagai langkah yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menjamin kedudukan atau kelangsungan hidup masyarakat Melayu dan Bumiputera. Hal ini demikian telah termaktub di dalam perlembagaan yang menyatakan keistimewaan dan hak-hak orang Melayu yang tidak boleh dipertikaikan. Hal ini demikian berbalik kepada Kontrak Sosial yang telah dibuat hasil daripada persetujuan dan kompromi pelbagai pihak sebagai balasan memberikan kerakyatan secara Jus Soli kepada masyarakat Cina dan India. Contohnya, penubuhan Universiti Teknologi Mara yang dikuatakan untuk orang Melayu dan Bumiputera sahaja. Begitu juga dengan agama Islam sebagai agama rasmi negara yang mana  agama Islam itu sendiri merupakan tunjang pengangan orang Melayu.


________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Kita sebagai orang Melayu atau bumiputera patut bersyukur kerana diberi hak istimewa. Kita hendaklah berusaha lebih kuat dan tidaklah 'take for granted' dengan keistimewaan yang diberikan. Jika kita hanya fikir untuk mengambil mudah, maka jatuhlah kita satu hari nanti dan kaum lain yang akan memonopoli segalanya dalam negara ini. Jadi, anak-anak muda perlu bangkit dan berusaha dengan lebih keras supaya hak istimewa yang diberikan hasil usaha dan titik peluh nenek moyang kita untuk mempertahankannya tidaklah sia-sia.

Friday 18 November 2016

Bab 6

DARI SEGREGASI KE INTEGRASI


1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah integrasi masyarakat di Malaysia dapat dicapai melalui salah satu usaha pemimpin Malaysia iaitu konsep 1 Malaysia yang dilakukan secara evolusi. ianya kesinambungan daripada pemimpin2 terdahulu. aspek utama konsep ini sendiri adalah untuk menyatu-padukan rakyat Malaysia yang bebilang kaum dan etnik. melalui konsep itu, rakyat berperanan dalam memupuk integrasi melalui pelbagai cara seperti budaya ziarah menziarahi, rumah terbuka dan penerimaan budaya. seperti yang kita tahu, ketiga-tiga cara tersebut telah diamalkan oleh kita rakyat Malaysia pada setiap perayaan tanpa mengira perayaan kaum melayu, cina dan india. secara tak langsung, ia menunjukkan penerimaan budaya oleh rakyat Malaysia. bukan saja pada hari perayaan, amalan ini sepatutnya dipraktikkan oleh kita pada waktu2 lain contohnya menziarahi saudara atau rakan yang sakit.

________________________________________________________________________


2. Myra Ayob

Dapat saya rumuskan di sini bahawa kesepaduan atau integrasi masyarakat di Malaysia masih lagi berada pada tahap yang memuaskan yang mana masyarakat tidaklah sampai "panas hati" apabila bersama di bawah satu bumbung. Umum mengetahui bahawa sebelum kemerdekaan penjajah British telah membawa masuk masyarakat luar iatu Cina dan India ke Tanah Melayu tanpa persetujuan orang Melayu. Kemudian, menjalankan dasar pecah dan perintah ke atas mereka. Hal ini demikian telah mewujudkan satu jurang sosial antara masyarakat di Tanah Melayu. Namun, perkara ini dapat di atasi apabila mereka ini telah lama bergaul dan bercampur serta mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk mencapai kemerdekaan. Di sini jelas terbukti bahawa masalah pengasingan dan perbezaan ini dapat diatasi serta perpaduan dapat diwujudkan sekiranya masyarakat mempunyai matlamat yang sama iaitu untuk memakmurkan negara.

Nur Amira bt Md Ayob.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Segregasi – Perpisahan
Integrasi – Penggabungan

Penjajah telah membawa masuk orang asing iaitu Cina & India ke dalam Tanah Melayu, kemudian melakukan dasar pecah perintah dengan mengasingkan kesemua kaum. Namun begitu, hal ini dapat diatasi dengan adanya integrasi antara kaum dan dapat dilihat terutamanya selepas merdeka. Pelbagai usaha juga dilakukan untuk mengekalkan perpaduan kaum dengan adanya 1Malaysia dan sebagainya. Kesepaduan ini perlulah dikekalkan supaya masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini dapat hidup dengan aman dan damai dalam satu negara.

Friday 11 November 2016

Bab 5

Tajuk 5: PEMBANGUNAN POLITIK DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa pembangunan politik di Malaysia masih berada pada tahap yang selesa walaupun terdapat cacat-celanya. Oleh demikian kerana Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan bangsa, terdapat beberapa parti politik utama yang menjadi wakil bagi tiga bangsa utama iaitu UMNO untuk bangsa Melayu. MCA untuk Cina dan MIA untuk India. Parti-parti politik ini telah bekerjasama bagi menjadi suara masyarakat Malaysia dalam mentadbir negara. Malahan jika dilihat parti-parti inilah yang menjadi tulang belakang untuk menyatupadukan masyarakat Tanah Melayu selepas mendapat kemerdekaan.

Nur Amira bt Md Ayb.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah cabaran terbesar negara adalah pembangunan ekonomi dan kestabilan politik dimana kemerosotan ekonomi negara akan menjejaskan kestabilan politik manakala kestabilan politik akan membawa kesan negatif kepada kemakmuran ekonomi negara. oleh itu, pembangunan Malaysia dari segi ekonomi dan politik bergantung pada integrasi nasional yang kukuh dan berpanjangan.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali