Friday 28 October 2016

Bab 4

Tajuk 4: PPEMBANGUNAN EKONOMI DALAM KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA.

Dapat saya rumuskan di sini bahawa tahap pembangunan ekonomi negara kita agak membangun jika dibandingkan dengan negara dunia kedua yang lain. Hal ini demikian kerana pelbagai langkah-langkah yang telah dilakukan sama ada pihak kerajaan sendiri mahupun pihak yang bukan kerajaan. Tidak dinafikan bahawa pihak-pihak yang bukan kerajaan atau individu-individu tertentu yang banyak menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan mereka adalah majoritinya berbangsa Cina dan India. Perkara ini merupakan kesan daripada dasar pecah dan perintah yang telah dilakukan oleh pihak British semasa menjajah Tanah Melayu. Namun begitu, persaigan yang sihat antara kaum Melayu, Cina dan India dalam memajukan ekonomi negara merupakan suatu perkara seharusnya dibanggakan kerana walaupun berbeza bangsa, namun, mempunyai matlamat yang sama.

Nur Amira bt Md Ayob.

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah ekonomi Malaysia yang berasaskan pertanian telah berubah kepada ekonomi yang berorientasikan industri eksport dan k-ekonomi kerana Malaysia ingin mengurangkan kemiskinan rakyat tak kira kaum, mewujudkan peluang pekerjaan kepada semua golongan etnik, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kelompok etnik dan banyak lagi. tetapi, jika dilihat orang melayu sekarang tidak menggunakan peluang yang telah diberikan sebaiknya sedangkan kaum lain berlumba-lumba untuk bekerja dalam pelbagai sektor dan bidang untuk menaikkan taraf hidup mereka. oleh itu, saya akan menggunakan peluang tersebut dan menaikkan taraf hidup saya dan keluarga saya.

Nurul Ashikin binti Mhd Sazali




Syahidatul Basira binti Mustafar Kamal

Saturday 22 October 2016

Tugasan Minggu Ke-7

1. Apakah tugas dewan rakyat dan dewan negara?


DEWAN RAKYAT

Tugas utama Dewan Rakyat adalah untuk meluluskan undang-undang, menetukan belanjawan negara dan mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan.

Membincangkan usul rang undang-undang yang dikemukan oleh kementerian tertentu.

Membahaskan belanjwan negara dan member kata putus tentang jumlah peruntukan yang dapat diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Meneliti semula rang undang-undang yang ingin dipinda mengikut keadaan semasa

Dewan Rakyat merupakan sebuah majlis bagi wakil-wakil rakyat untuk menyuarakan dan membela nasib rakyat di kawasan yang diwakili dan memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Dewan Rakyat berperanan untuk menggubal undang-undang dan meluluskan rang undang-undang Malaysia.

Anggota-anggota dewan akan membahaskan rang undang-undang yang dicadangkan dan kemudiannya meluluskan sebelum disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.



DEWAN NEGARA

Tugas utama ialah membahaskan sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan juga bagi membincangkan perkara-perkara yang menjadi kepentingan umum.

Menurut Perkara 68 Perlembagaan Persekutuan, Dewan Negara tidak mempunyai kuasa menolak undang-undang tetapi mempunyai kuasa menangguh sesuatu rang undang-undang yang telah diluluskan oleh Dewan Rakyat sebelum dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk diperkenankan, contohnya Rang Undang-Undang Kewangan. Tempoh penangguhan oleh Dewan Negara ialah 30 hari, bagi rang undang-undang yang lain tempohnya ialah setahun.

Boleh menangguh serta meluluskan rang undang-undang perlembagaan dan pindaan akta yang dibuat oleh Dewan Rakyat tapi tidak berkuasa menolak.

Tidak boleh menangguhkan rang undang-undang lebih dari setahun dan rang undang-undang kewangan melebihi sebulan.

Tidak boleh membuat pindaan jika tidak dipersetujui Dewan Rakyat.

Tidak boleh membahaskan idoelogi parti politik.

Boleh melarang ahlinya daripada menghadiri persidangan.

Friday 21 October 2016

Bab 3

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN DAN HUBUNGAN ETNIK

1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari dalam sharing bab ini ialah apa itu perlembagaan dan kedudukan serta fungsi perlembagaan dalam negara, bagaimana perlembagaan memberi kesan kepada parlimen dan undang2 serta sistem penggubalan undang2 melalui Dewan Rakyat dalam parlimen. memandangkan saya selalu mengambil ringan tentang perkara2 tersebut, jadi saya kurang pengetahuan tentangnya. oleh itu, saya akan lebih mengambil tahu tentang sistem perlembagaan dan calon yang dipertandingkan dalam pilihanraya supaya tidak tersalah memilih wakil untuk mewakili suara rakyat dalam dewan rakyat.
________________________________________________________________________


2. Myra Ayob


Dapat saya rumuskan di sini bahawa perlembagaan digubal adalah untuk menjadi garis panduan bagi memakmurkan kehidupan masyarakat di mana Malaysia khususnya mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Perlembagaan yang digubal adalah hasil daripada sikap toleransi antara masyarakat yang menginginkan kemrdekaan dan kehidupan yang aman selepas kemerdekaan. Hal ini demikian merujuk kepada Kontrak Sosial yang telah dipersetujui oleh semua kaum Melayu dan bukan Melayu atas beberapa perkara yang sangat penting kepada kestabilan negara. Begitulah juga dengan Perlembagaan Madinah yang digubal dengan adanya hak-hak orang Islam dan bukan Islam.

Nur Amira bt Md Ayob.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Apa yang dipelajari dalam bab ini ialah bagaimana perlembagaan dapat membentuk sesebuah negara. Malaysia mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan di mana raja diiktiraf sebagai ketua negara dan perlembagaan terletak di kedudukan paling tinggi sekali. Ini bermaksud kuasa raja terhad kepada perlembagaan. Suara rakyat diambil kira dengan adanya dewan rakyat dan dewan negara. Dengan adanya undang-undang, masyarakat dapat menjalani kehidupan dalam negara yang aman.

Saturday 15 October 2016

Tugasan Minggu Ke-6

1. Sejauh manakah pengaruh hindu dan buddha ke atas orang Melayu berdasarkan pandangan Profesor Naquib Al-Attas?

Menurut pendapat Syed Naquib Al - Attas, secara amnya, pengaruh Hindu dan Buddha tidak terlalu mempengaruhi penduduk tempatan. Ini dapat dibuktikan apabila :

- Tiada nama Hindu yang dipakai oleh masyarakat tempatan kecuali dalam kalangan bangsawan sahaja.

Masyarakat Melayu awal banyak menggunakan nama bunga seperti Melur, Tanjung, Kenanga dan hari seperti Sabtu, Jumaat dan Rabu.

Namun, bagaimanapun beliau tidak menafikan bahawa pengaruh Hindu dan Buddha sedikit sebanyak mempengaruhi seni budaya dan adat dalam kalangan orang Melayu biasa. Contohnya, watak dalam wayang kulit seperti Ramayana dan Sita Dewi. Begitu juga terjadi bagi konsep raja dan kerajaan di mana ia dipinjam daripada kebudayaan Hindu serta konsep negeri dan negari dipinjam daripada perkataan Sanskrit. Ia juga mempengaruhi susun lapis perlantikan pegawai kerajaan (istana) seperti orang besar berempat, orang besar berlapan, orang besar enam belas dan orang besar tiga puluh dua yang merupakan pengaruh dari astrologi Hindu.


2. Bagaimanakah Islam sampai ke Tanah Melayu sehingga membentuk kerajaan? (kata kunci: mimpi, nabi)

  • Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7 masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China. Seterusnya Islam semakin berkembang pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15. Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya. Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi, itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa itu (Hall dlm Ruslan Zainuddin). Manakala Ibn Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Samudera semasa dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga 1346, menyatakan bahawa raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di sekelilingnya masih belum mmeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh Kepulauan Melayu dan mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu .



3. Mengapakah Melaka menjadi zaman kemuncak pluraliti?

1.  Melaka dianggap sebagai “venice of the east”
2.  Pelaksanaan Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undnag laut Melaka yang berteraskan
     Islam mampu memberi keadilan kepada masyarakat plural Melaka pada ketika itu.
3.  Sistem perdagangan antarabangsa juga berjalan baik hasil urustadbir berteraskan Islam.
4.  Masyarakat Melaka pada waktu itu terdiri daripada pelbagai etnik antarabangsa yang
     hidup dalam suasana aman damai.
5.  Penghijrahan semulajadi tanpa paksaan berlaku. Akomodasi antara pedagang Cina,
     India dengan penduduk lokal berlaku.
6.  Kedatangan pedagang antarabangsa telah menyumbangkan kepada multi budaya.
     Hasilnya terbentuk masyarakat Baba dan Nyonya.
Puncak Pluraliti: Empayar Melaka Mercu Hubungan Etnik Pra-Penjajahan.
- Zaman empayar Melaka: zaman keemasan dan kemuncak keagungan kerajaan
Melayu.
- Melaka menjadi tempat pertemuan para pedagang dari seluruh pelosok dunia
sehingga digelar “The Venice of the East”.
Dari segi pemerintahan
- Para pegawai istana terdiri drp campuran orang-orang Melayu tempatan dengan
bangsa-bangsa asing yg datang berdagang dan menetap di istana.
- Perkahwinan campur di antara pemerintah Melaka dengan  anak pemerintah
Kependudukan.
- Zaman empayar Melaka – zaman pluraliti. Berlaku penghijrahan secara alamiah
tanpa ada paksaan daripada mana-mana pihak, mereka tidak memerlukan pasport
dan visa untuk memasuki sesuatu kawasan.
- Pedagang Arab, Cina, India dll telah berasimilasi dengan penduduk tempatan
dengan baik sekali dan telah mewujudkan kategori masyarakat yg tidak pernah
wujud sebelumnya iaitu masyarakat Baba dan Mamak.
- Empayar Melaka memperlihatkan wujudnya interaksi aktif di kalangan pelbagai
kaum dan bangsa di Melaka
Kebudayaan.
- Keterbukaan pemerintah empayar Melaka menerima kehadiran para pedagang
daripada seluruh pelosok dunia tanpa syarat-syarat yg menyulitkan

memungkinkan pelabuhan Melaka berkembang sbg pelabuhan penting dunia.

4. Kesan Penjajahan

KESAN TERHADAP POLITIK

Dari segi politik kita dapat melihat bahawa kedatangan eropah banyak membawa kepada perubahan dari segi politik atau pentadbiran dan juga perundangan pada masa itu,yang secara tidak langsung turut memberi kesan terhadap pembentukan masyarakat pluraliti di Malaysia. Penjajahan British di tanah melayu telah membawa bersama dasar-dasar pentadbiran yang selaras dengan kemajuan mereka dari segi ilmu pengetahuan.Prinsip, sistem, struktur dan dasar yang diamalkan dalam pemerintahan mereka adalahjauh berbeza dengan sistem dan dasar pemerintahan yang telah sedia ada dan digunapakai   di   tanah   melayu.   Ini   dapat   dilihat   dengan   jelasnya   melalui   perubahan epistemologikal   yang   besar   iaitu   dari   segi   perpisahan   diantara   agama   dan   negara.Kesannya di alam melayu ialah pemerintahan negara telah dikawal secara langsung oleh penjajah, manakala segala perkara berhubung dengan agama dan adat istiadat telah diberikuasa dan di bawah pengawasan sultan melayu sendiri.

Kesan penjajahan eropah juga telah membawa perubahan terhadap politik negara dimana telah wujudnya sistem pentadbiran berasaskan pengagihan kuasa diantara tiga unsur penting iaitu; legislatif, eksekutif dan juga badan kehakiman diperkenalkan. Ini dapat dilihat dengan jelas sekali perubahan yang telah dibawa berdasarkan perbezaannya dengan pentadbiran alam melayu yang telah sedia ada iaitu, sebelum penjajahan eropah,sistem pentadbiran adalah  dibawah  kuasa   mutlak   raja-raja   dimana  tiada pengagihan bidang kuasa. Seperti yang dapat kita lihat, perubahan didalam pentadbiran ini, iaitu pengagihan kepada tiga bidang kuasa iaitu eksekutif, legislatif dan juga kehakiman telahditeruskan didalam operandi dan pentadbiran negara sehingga ke hari ini, dimana setiap unsur penting tersebut mempunyai bidang kuasa mereka yang tesendiri. Perbincangan ini berkisar pada aspek dasar imigrasi, Jabatan Perlindungan Orang Asing, dan undang-undang buruh

Sejak tahun 1874 dasar imigrasi Inggeris berbentuk bebas iaitu tidak mempunyai sekatan   terhadap   kemasukan   orang   asing.   Dalam   hal   ini,   Inggeris   seolah-olah menggalakkan   kemasukan   orang   asing   melalui   sistem-sistem   kemasukan   seperti indenture, kangany, kontrak, dan bebas. Hal ini berbeza dengan tindakan Inggeris pada1930an,   dengan   Inggeris   memperketatkan   dan   menguatkuasa   dasar   imigrasi   dengan bertindak menghantar pulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Selain itu, undang-undang imigrasi pada tahun 1930an juga menghalang kemasukan baru orang asing ke Tanah Melayu

Seperkara yang menarik tiadanya sekatan terhadap kemasukan orang asing kenegara ini sebelum undang-undang imigrasi 1930an disebabkan oleh keperluan Inggeris  untuk   mendapatkan   tenaga   buruh   bagi   merancakkan   ekonomi   perlombongan   dan peladangan selain buruh bagi melaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalan raya. Keadaan ini diperkukuhkan lagi dengan kewujudan jabatan Perlindungan Orang Asing bagi melindungi para buruh imigran daripada tindasan dan penganiayaan para kongsi gelap mahupun majikan. Dengan wujudnya jabatan ini, ini bermakna buruh-buruh  ini dilindungi  oleh pemerintah Inggeris dan ia  menunjukkan bahawa seolah-olah kerajaan Inggeris menggalakkan kemasukan buruh asing. Ini juga
menjelaskan bahawa terdapat tindakan dan dasar kerajaan Inggeris mempastikan mereka tidak kehilangan buruh bagi menjana ekonomi Tanah Melayu. Hal ini diperkukuhkan lagi dengan   kewujudan   undang-undang   buruh   yang   memerlukan   para   majikan   untuk memberikan kemudahan yang sepatutnya kepada buruh imigran ini. Dengan keadaan ini ia bukan sahaja menggalakkan kemasukan buruh asing, tetapi menggalakkan mereka untuk tidak pulang ke negara asal mereka.Hal ini terbukti semasa kemelesetan ekonomi 1927-1932 orang-orang asing ini keberatan   untuk   pulang   ke   negara   asal   mereka   dan   ini   menjadi   masalah   kepada pemerintah Inggeris


KESAN TERHADAP EKONOMI 

Kesan penjajahan Eropah dari aspek ekonomi, dapat dilihat melalui kewujudan sistem   ekonomi   dualisme.   Sistem   ekonomi   dualisme   merujuk   kepada   dua   tumpuan ekonomi yang berbeza namun ianya bergerak seiringan dengan garis etnik. Dua bentuk eksploitasi   ekonomi   utama   yang   dilakukan   oleh   penjajah   ialah   perlombongan   dan perladangan getah. Penjajah Eropah telah mewujudkan pembahagian etnik berdasarkan pembahagian pekerjaan dimana Melayu berada dalam sektor kerajaan dan pertanian,manakala Cina sebagai pelombong dan peniaga, dan orang India sebagai pekerja estet dan   ladang.   Sistem   ekonomi   penjajah   tertumpu   kepada   perdagangan   moden   yang berasaskan   perusahaan   getah   dan   perlombongan   bijih   timah.   Sistem   ekonomi   ini berasaskan pasaran bandar dan diletakkan di bawah kawalan British. Sistem ini banyak melibatkan kumpulan etnik Cina dan India

Manakala sistem ekonomi tradisional ialah sektor pertanian di mana komoditi utamanya ialah penanaman padi dan perikanan. Teknik pengeluaran, pemasaran, dan tenaga kerja  didominasi   oleh etnik melayu dengan berteraskan budaya  Melayu  luar bandar atau budaya Melayu tradisional. Secara tidak langsung, ekonomi dualisme ini telah melambangkan agihan tenaga kerja mengikut tiga etnik utama di Malaysia. Etnik Melayu   tertumpu   di   sektor   pertanian   tradisional   iaitu   pekebun   kecil   getah,   kelapa,pesawah  padi, dan nelayan kecil-kecilan. Dalam sektor ekonomi moden  pula, ianya didominasi oleh kumpulan etnik Cina di mana mereka menceburi aktiviti perlombongan,perkilangan,   dan   perkhidmatan.   Ketidakseimbangan   antara   etnik   jelas   dilihat   dalam sektor ketiga di mana separuh daripada sektor ini didominasi oleh etnik cina manakala etnik Melayu dan India hanya sedikit sahaja. Sektor ini menjadikan jurang etnik menjadi lebih luas lagi


KESAN TERHADAP SOSIAL

Masyarakat pelbagai bangsa pada zaman sebelum penjajahan Eropah terbentuk melalui proses semulajadi. Mereka datang bersama-sama keluarga secara sukarela untuk menjalani   kehidupan   serta   mencari   kekayaan.   Kehidupan   di   Tanah   Melayu   yang berlandaskan kebebasan dan  tanpa   paksaan   telah   mewujudkan interaksi yang mesradengan   penduduk   tempatan.   Terdapat   unsur-unsur   akomodasi   dalam   kehidupan masyarakat   pluralistik   pada   zaman   itu.   Mereka   telah   berkahwin   dengan   penduduk tempatan secara sukarela. Ini dapat dilihat melalui perkahwinan antara orang Cina dan masyarakat tempatan yang melahirkan masyarakat Cina Baba. Walaupun perkahwinan campur telah berlaku antara mereka  tetapi mereka masih lagi mengamalkan budaya kehidupan orang Melayu

Selain itu, budaya dan adat resam yang dibawa olah mereka juga turut diterima oleh penduduk tempatan dengan hati yang terbuka. Pembentukan masyarakat pluralistik selepas kedatangan Eropah adalah berbeza dengan zaman sebelumnya. Ini dapat dilihat daripada imigrasi penduduk Cina dan India ke Tanah Melayu yang digalakkan oleh British untuk kepentingan ekonomi mereka. Oleh kerana tujuan kedatangan mereka adalah untuk   memenuhi  keperuan ekonomi  British,  maka interaksi antara kaum tidak berlaku. Mereka hanya menjalankan kehidupan dalam kelompok masyarakat masing-masing.Namun   begitu,   kehidupan   yang   harmoni   tetap   wujud   di  mana  mereka   tetap menjalani hidup berasaskan sistem sosial masing-masing tanpa mengganggu antara satu sama lain. Kehidupan yang harmoni ini telah berterusan sehingga ke hari ini Penekanan aspek ini juga menjuruskan kepada Dasar pendidikan pemerintahan Inggeris. Melalui dasar ini dapat dijelaskan lagi bagaimana wujudnya masyarakat majmuk di Malaysia.Melalui dasar pendidikan yang berteraskan negara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkan lagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggeris yang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesan daripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yangberbeza serta keperluan guru berasaskan tindakan komuniti setiap kaum di Malaysia.Sebagai contohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikan serta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskan bahawa Inggeris   tidak   mempunyai   agenda   bagi   menghalang   ketidakseragaman   dalam   dasar pendidikan mereka. Bagi orang-orang Melayu ia hanya mendapat pendidikan kemahiran bagi   mengerjakan   kerja-kerja   sara   diri   sahaja   dan   tidak   memberi   peluang   untuk mendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini ia dikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaan dasar ini sebenarnya  menggalakkan   lagi   kemasukan orang   asing kerana  mereka   tahu bahawa mereka   masih   lagi   memperoleh   pendidikan   walaupun   di   negara   asing.   Ini   juga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukan mereka danmenjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah.

KESAN TERHADAP AGAMA

Penjajahan   Barat   telah   membawa   berbagai   kesan   terhadap   umat   Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada pimpinan orang-orang   Islam   sendiri   kepada   pimpinan   kuasa   Barat   yang   beragama   Kristian.Penguasaan   penjajah   ini   adakalanya   secara   langsung   (   direct   rule   )   ataupun   tidak langsung   (   indirect   rule   )   apabila   mereka   memerintah   melalui   penguasa-penguasa tradisional yang hanya dijadikan sebagai boneka sahaja. Sebelum kedatangan British,agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam Undang-undang MelayuLama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh Hakim-hakim Lord Actiondan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini bukan undang-undang asing

Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan sistem pentadbiran sekular, bahawa   antara  agama   dengan   politik  terdapat jarak yang   tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor 1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu. Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu. British telah mula menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting berhubung dengan sesebuah negeri   Melayu   bahkan   dapat   menentukan   kedudukan   seseorang   raja   yang   dilantik memerintah negeri. Ini telah menunjukkan bagaimana British telah berjaya mengubah wajah   Islam   di   Malaysia   dalam   pentadbiran   dengan   perkenalkan   pentadbiran   sertaundang-undang sekular. Dimana  lebih   pentingkan   keduniaan   tidak   berkaitan dengan agama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian besar undang-undang Islam. Kitadapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campur tangan kerja-kerja para kadi. Kerana bagi mereka urusan nikah dan   cerai   libatkan   hal   keselamatan   dalam   negeri.   Sebab   itu   British   telah   tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan pemecataan kadi-kadi. Tindak tanduk kadi juga   telah   diawasi   dan   kadang-kadang   penyelesaian   masalah   dipindahkan   kepada Majistret-majistret. Ini  menunjukkan   pentadbiran undang-undang Islam yang tadinya bebas   tidak   bererti   lagi.   Walaupun   begitu   hakikatnya   undang-undang   British   yang diperkenalkan tidaklah diambil sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia                                                                                            

Sebelum Selepas
Point 1 Point 1
Point 2 Point 2
Point 3 Point 3

Friday 14 October 2016

Bab 2

1. Nurul Ashikin

apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah masyarakat amat mengalu-alukan sesiapa sahaja yang datang ke tanah melayu sekiranya tiada paksaan. jika diperhatikan, sesiapapun tak suka nak terima sesuatu kalau terpaksa. jadi, saya akan cuba untuk tidak memaksa orang lain untuk menerima sesuatu yang mereka tak suka dan saya takkan memaksa diri saya untuk mencuba sesuatu yang memang saya sendiri tahu saya tak boleh buat.

________________________________________________________________________


2. Myra Ayob

Dapat saya rumuskan di sini bahawa kesan yang paling ketara dapat dilihat melalui sejarah pluraliti masyarakat di alam Melayu adalah masyarakat pluralistik pra merdeka. Malahan kesannya ada sehingga sekarang. Kemasukkan buruh Cina dan India pada zaman penjajahan Barat suatu ketika dahulu telah mengubah struktur polotik, ekonomi dan sosial pada masa kini. Contohnya, dari aspek ekonomi di mana majoritinya dipegang oleh masyarakat Cina. Hal ini demikian berbalik kepada zaman penjajahan British yang telah menjalankan dasar pecah dan perintah yang meletakkan masyarakat Cina di bandar-bandar untuk berniaga, masyarakat Melayu di kampung-kampung untuk bertani dan masyarakat India di ladang-ladang. Perkara ini juga memberi kesan terhadap aspek sosial yang mana segelintir masyarakat masih lagi mengamalkan hidup secara berpuak-puak.

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Penjajah yang menjajah negara kita telahpun meninggalkan kesan kepada negara kita. Namun, terdapat pencanggahan antara dua pendapat yang menyatakan kesannya adalah kebanyakannya baik, manakala pihak lagi satu menyatakan kesannya lebih kepada buruk. Ada pihak yang mengatakan ianya baik kerana dengan penjahanlah pemodenan berlaku. Pihak yang menganggap ianya memberi kesan buruk pula berkata, penjajahan menyebabkan pertumbuhan kita disekat secara paksa dan budaya kita sendiri kian menghilang akibat penjajahan tersebut. Hal ini bergantung kepada perspektif setiap pihak. Bagi saya, saya lebih cenderung untuk berfikiran positif kerana apa yang sudah berlaku tidak boleh diubah, dan yang pentingnya ialah kita berjaya bangkit semula dan mempertahankan negara walaupun sudah dicemar sedikit sebanyak oleh penjajah.

Saturday 8 October 2016

Tugasan Minggu Ke-5

Berikan lima etnik berserta budaya material & non-material.

1) BABA & NYONYA

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu, khususnya di negeri Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai "Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu.

  • BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN
 
**Pakaian tradisi kaum Baba dan Nyonya banyak diadaptasi dari pakaian wanita Melayu.Ini dapat dilihat pada pakain wanitanya dimana mereka memakai kain sarung batik sebagai pakaian utama.Untuk peringkat wanita yang berusia, mereka memakai baju panjang dan kain sarung manakala golongan yang lebih muda gemar memakai baju kebaya nyonya yang disulam cantik.

**Selain daripada pakaian tradisional di atas wanita-wanita Nyonya juga memakai pelbagai aksesori seperti kasut manik,kerongsang,sapu tangan sulam ,cucuk sanggul dan lain-lain lagi.Manakala pakaian kaum Baba lebih kepada pakaian pengaruh dari barat dan kaum Cina sendiri.
**Walaubagaimanapun semua keserian pada pakaian mereka adalah hasil sulaman tangan mereka sendiri khasnya pada baju kebaya dan kasut manik yang amat cantik dan halus buatannya.
MASAKAN / MAKANAN
**Masakan-masakan tradisi kaum Baba & Nyonya yang banyak diambil dari pengaruh masakan Melayu seperti ayam pongteh,kari kapitan,kuih talam,sambal belacan yang kebanyakannya menggunakan bahan-bahan dan rempah ratus masyarakat Melayu dari zaman silam.
  • BUDAYA NON-MATERIAL
PERKAHWINAN
Hasil carian imej untuk perkahwinan baba nyonya di melaka 
**Lamaran perkahwinan kaum Baba Nyonya ini memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau dua tingkat, yang dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa pengantin idaman. 
**Kebanyakan suku Peranakan tidak beragama Islam, sebaliknya memelihara adat penyembahan nenek moyang dari kaum Cina, tetapi ada yang memeluk agama Kristian. Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. 
**Majlis diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. 
**Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

BAHASA

**Bahasa Baba ialah sejenis dialek bahasa Melayu yang dituturkan oleh orang-orang Baba di Malaysia, khususnya di Melaka dan Pulau Pinang. Walaupun bahasa ini berasal dari Melaka, bahasa Baba yang dituturkan di Pulau Pinang berbeza dengan bahasa Baba Melaka dalam beberapa aspek. Pada dasarnya, bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa Hokkien dengan bahasa Melayu. Walaupun kebanyakan nahu bahasa Baba berasal daripada bahasa Melayu, bahasa Baba berbeza daripada bahasa Melayu dalam kebanyakan aspek yang utama dan oleh itu, merupakan satu bahasa yang berasingan.
SENIBINA
Hasil carian imej untuk seni bina rumah baba nyonya


**Dari segi senibina rumah kaum Baba & Nyonya lebih mirip kepada tradisi rumah lama masyarakat Cina dari negara asal mereka namun diselitkan serba sedikit elemen ukiran-ukiran tempatan.

**Di tanahair kita ini terdapat beberapa tinggalan kaum Baba & Nyonya yang juga dikenali dengan nama kaum Peranakan khasnya di Pulau Pinang dan Melaka.
**Malah terdapat sebuah Muzium Baba & Nyonya di Melaka dan Muzium Peranakan di Singapura.Bolehlah melayari laman-laman wed rasmi mereka untuk keterangan lanjut. 

2) KADAZAN
Masyarakat Kadazan atau orang dusun merupakan penduduk majoriti Sabah.
  • BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN


Hasil carian imej untuk PAKAIAN KADAZAN Hasil carian imej untuk PAKAIAN KADAZAN
**Perhiasan dan sulaman pada pakaian tradisi Kadazan adalah sederhana berbeza dengan etnik lain.

**Pakaian kaum lelaki seperti Gaung (Baju lengan panjang), Souva (Seluar panjang hitam dengan ikat pinggang berwarna biru indigo), Kaking atau toogot (Bengkung pinggang hitam), Siga (Penutup kepala), Tupi’ sinikat (Topi bulat).

**Pakaian kaum wanita terdapat 3 jenis :-

**Sinuangga’ baju blaus pendek dan leher berbetuk U dipakai oleh wanita muda.

**Sinompukung Blaus dengan lengan ¾ dan tidak mempunyai sulaman dipakai oleh wanita pertengahan.

**Kihongon Blaus dengan lengan panjang, dipakai oleh wanita tua dan spesialis ritual
**Aksesori yang dipakai seperti Himpogot (Tali pinggang), Titimbak (Pin rambut), Hamai (Rantai leher), Simbong (Subang), Paun Kerongsang 

MAKANAN 


**Antara makanan tradisi yang terkenal di kalangan kaum Kadazan-Dusun ialah HinavaNoonsomPinaasakanBosouTuhauSup Kinoring Bakas (tidak halal) dan Sup Manuk Lihing. Makanan-makanan ini dapat disediakan dengan pelbagai cara mengikut kebiasaan amalan tradisi kaum Kadazan-Dusun.
PERALATAN MUZIK
 **Gong : Digunakan dalam hampir semua upacara sosial.
**Togunggak : Dimainkan dalam kumpulan untuk mengiring tarian / perarakan di pesta-pesta.
**Sompotan : Dibuat daripada sebiji buah labu yang kering dengan 8 batang paip buluh.

  • BUDAYA NON-MATERIAL
TARIAN
Hasil carian imej untuk TARIAN SUMAZAU
**Tarian Sumazau merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun yang terkenal di seluruh Malaysia.
**Tarian ritualnya memenuhi pelbagai fungsi seperti mengucap kesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan untuk menolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. 
PERAYAAN

**Pesta Keamatan (Tadau Ka’amatan)
**Meraikan tuaian baik. Disambut pada 30 & 31 Mei setiap tahun.

3) IBAN


  • BUDAYA MATERIAL
PAKAIAN
Hasil carian imej untuk PAKAIAN IBAN 
**Pakaian tradisional lelaki Iban iaitu Kain Sirat yang dikenali juga sebagai kain cawat merupakan pakaian asas kaum Iban.
**Sirat dipakai dengan cara melilitnya dipinggang dan celah kelengkang. Hujung kain ini dijuntaikan dari pinggang ke hadapan dan belakang badan, mempamerkan bahagian yang berhias.
Wanita Iban memakai kain sarung yang dipanggil bidang.
**Bidang yang digunakan sebagai pakaian harian tidak banyak reka coraknya. Kebiasaannya bidang ini hanya dihias oleh reka corak jalur-jaluran yang bewarna-warni. Bidang yang dipakai ketika upacara tertentu atau sebarang perayaan pula dihiasi oleh pelbagai reka corak geometrik dan diwarnakan dengan warna merah bata dan kekuning-kuningan. 
KRAFTANGAN
Hasil carian imej untuk KRAFTANGAN IBAN 
**Antara kraftangan yang mereka hasilkan adalah seperti tikar, raga, pasu dan sebagainya.Kebiasannya, yang menghasilkan kraftangan ini adalah kaum wanita. Menurut masyarakat Iban, jika wanita tidak pandai mengasilkan kraftangan, mereka dianggap menjengkelkan dan tidak dipandang oleh kaum lelaki. Jadi, sebelum seseorang wanita itu ingin berkahwin, mereka perlu mempersiapkan diri mereka dengan kemahiran membuat kraftangan ini. Bagi mereka, hasil daripada anyaman itu dapat menambat hati si keluarga mentua.
  • BUDAYA NON MATERIAL
KEPERCAYAAN
Hasil carian imej untuk upacara miring

**Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional  mereka.Misalnya, upacara ‘miring’(jampi serapah) bertujuan menolak bala.
**Masyarakat Iban juga sangat patuh kepada pantang larang (mali) yang diwarisi nenek moyang mereka. ‘mali abu’ :dimana petani Iban percaya bahawa labu tidak boleh ditanam atau dibawa masuk ke dalam ladang mereka. Jika labu ditemui , maka labu itu harus segera dikeluarkan dan tapak penemuan perlu dilumur dengan darah babi atau ayam.Sekiranya melanggar pantang larang, bermakna mereka akan menerima bencana atau malapetaka.
**Seterusnya kepercayaan lain yang berdasarkan tafsiran mimpi.Sesuatu aktiviti boleh dibatalkan sekiranya mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya.Aktiviti harian sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka. 
TARIAN
Hasil carian imej untuk tarian ngajat iban
**Ngajat bagi orang-orang Iban ialah tarian semasa menyambut Hari Gawai orang-orang Iban sebelum berperang dan selepas musim menuai. Pada zaman dahulu tarian tersebut ditarikan selepas mereka kembali dari berperang.Tarian ini ditarikan dengan berdiri atas bulatan langsaran ke atas dan ke bawah, penari akan melompat bersama iringan lagu. Setiap rentak yang dimainkan adalah bersesuaian dengan upacaranya. Satu lagi jenis tarian ini ialah penari akan memegang perisai kayu di tangan kiri dan pedang di tangan kanan lalu menari seperti berdepan dengan musuh dengan menghayunkan badannya ke kiri dan ke kanan. 



3 faktor pendorong asimilasi
  • Toleransi antara kelompok yang memiliki perbezaan kebudayaan 
  • Adanya sikap yang saling menghormati dan menghargai orang asing dan kebudayaan yang dibawanya
  • Memiliki sikap yang terbuka terhadap golongan yang sedang berkuasa dalam masyarakat
  • Adanya persamaan dalam unsur-unsur kebudayaan universal
  • Terjadinya perkawinan antara kelompok dengan berbeza kebudayaan
  • Memiliki musuh yang sama dan meyakini kekuatan masing-masing untuk menghadapi musuh tersebut.
3 faktor penghalang asimilasi
  • Kelompok yang terisolasi atau terasing, biasanya minoriti
  • Kurangnya pengetahuan mengenai kebudayaan baru yang akan dihadapi
  • Perasaan bahawa kebudayaan kelompok tertentu lebih tinggi dari pada kebudayaan kelompok lain. Kebanggaan berlebihan seperti ini mengakibatkan kelompok kebudayaan yang satu tidak mahu mengakui kewujudan kelompok lain. 
  • Adanya perbedaan ciri-ciri fizikal, misalnya tinggi, warna kulit ataupun rambut. 
  • Memiliki perasaan yang kuat bahwa individu terikat dengan kebudayaan kelompok masing-masing

Friday 7 October 2016

Bab 1

KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN DI MALAYSIA


1. Nurul Ashikin

refleksi daripada video : apa yang saya pelajari daripada video yang ditunjukkan ialah jangan simpan dendam kepada orang yang pernah buat jahat kat kita.walau macam mana jahat pun individu tu kat kita, kalau individu tu sedang menghadapi kesukaran, bantulah dia. maka saya berazam untuk sentiasa membantu orang lain walaupun orang tu pernah menyakitkan hati saya.

refleksi bab : apa yang saya pelajari daripada bab ini ialah jika kita mempunyai sikap keterbukaan atau kekitaan terhadap masyarakat atau etnik lain, kita dapat menghasilkan hubungan yang positif. oleh itu, saya ingin menerapkan sikap tersebut dalam diri saya dan elak sikap prejudis atau prasangka buruk yang membawa kepada perpecahan dalam perhubungan sesama masyarakat.

________________________________________________________________________


2. Myra Ayob

Terdapat beberapa pengetahuan baharu yang telah saya peroleh.

Pertama adalah konsep masyarakat menurut perspektif Islam dan Barat. Di sini dapat saya nyatakan bahawa antara konsep tersebut tidak mempunyai banyak perbezaan. Hal ini demikian kerana kedua-dua konsep tersebut menekankan betapa pentingnya hubugan dan peranan sesama masyarakat tanpa dibataskan oleh agama dan bangsa.

Kedua adalah konsep budaya menurut perspektif Islam dan Barat. Perbezaan antara kedua-dua konsep ini juga tidaklah ketara. Hal ini demikian kerana kedua-dua konsep ini menyatakan bahawa budaya ini satu proses pengolahan yang menyempurnakan hidup manusia dengan meliputi ilmu pengetahuan dan kegiatan akal, hati dan tubuh yang bersatu dalam suatu perbuatan.

Dapat dirumuskan disini bahawa sebagai manusia hidup bermasyarakat khususnya di Malaysia yang berbilang kaum dan bangsa merupakan satu tuntutan. Hal ini demikian kerana setiap anggota masyarakat itu mempunyai tanggungjawab yang tersendiri sehinggakan membawa sumbangan kepada negara.

Nur Amira bt Md Ayob

________________________________________________________________________


3. Basira Kamal

Saya dapat mempelajari akan tentang beberapa alam yang manusia tempuhi iaitu alam roh, alam rahim, alam dunia dan juga alam barzakh. Alam roh adalah dimana perjanjian asali diadakan, manakala alam rahim adalah ketika waktu kita di dalam kandungan ibu. Seterusnya alam dunia adalah yang paling singkat sekali, dan alam barzakh adalah yang terakhir di mana amalan kita di dunia dihisab.